Polis Thailand Menjumpai Ribuan Mayat Janin di Kuil Buddha
Beg plastik yang berisi mayat janin yang ditemui di kuil Budha di Bangkok, hari Jumat 19 November 2010.
Polis Thailand telah menemui lebih dari 2,000 janin yang disembunyikan di kuil Budha di Bangkok. Pihak berwajib percaya janin itu berasal dari klinik-klinik yang melakukan pengguguran secara haram.
Sebahagian besar jasad janin itu ditemui pada hari Jumaat di bilik mayat kuil itu. Awal minggu ini, sejumlah beg plastik berisi lebih dari 300 janin ditemui.
Kolonel polis Sombat Milintachinda mengatakan mayat janin itu tampaknya sudah disimpan lebih dari setahun.
Beberapa pekerja kuil telah ditangkap, dan polis mengatakan setidaknya seorang pengurus telah mengaku bertanggungjawab menimbun mayat janin-janin itu.
Pengguguran hanya dibolehkan di Thailand dalam kes-kes tertentu, contohnya apabila kelahiran bayi boleh membahayakan kesihatan ibu atau jika kehamilan adalah akibat perkosaan.






